Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Gelak-gelak sikit : Jualan Murah

"Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya
kebelakang sambil memarahi... "woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju ke depan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu.. "!..

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Kedatangan Teman Lama ke Kuala Terengganu

Lama tak dengar berita dari kawan aku nin,....tup-tup 8 Disember si Faiz nin telefon bertanyakan pasal homestay ada kosong atau tidak pada hari tersebut( masa tu aku sedang bertugas kat sekolah )...... kebetulan pulak homestay baru jea ada orang masuk...jadi aku cari homestay lain yang berdekatan la...
alhamdulillah dapat.....mereka datang dengan 2 buah kenderaan mpv pada jam 4.15 petang di Gong Badak....mereka telah menginap di Ombak Inn, Wakaf Che Yeh sebelum itu. Rupa-rupanya mereka bercuti jadi sempena bercuti nin...ronda-rondala seluruh Semenanjung....bestkan...


Pagi 9 Disember di Tanjung, gi makan isi perut dulu kat kedai ayah......selesai makan terus gi ke Pasar Payang, bawa melalui Pulau Warisan.....parkir tak de....maklumla nak cari tempat dekat2 tak dapatla..3 buah kereta tu...ulang kali kedua baru aku dapat parking....
setelah dibeli sedikit ole-ole dan sepasang dua baju batik kami terus ke Losong....
Di Losong, mereka telah membeli keropok dan pelbagai lagi untuk dibawa balik....
Kami ke Taman Tamadun Islam ...melihat replika masjid-masjid di situ...dengan menaiki tren...


Setelah puas meronda di Taman Tamadun Islam, kami pergi ke Masjid Kristal untuk menunaikan sembahyang Zohor

Bukan main sukar lagi untuk aku mengumpul budak2 nin untuk diambil gambar...itupun seorang lagi anak Faiz tak dapat2 aku nak ambil gambar...


Anak sulung aku dan anak sulung Faiz

Angah selalu nak bergambar..... akhirnya aku telah menghantar sehingga ke Chendering kerana hari dah lewat dalam jam 5.00 petang...kesian kat anak-anakku...sesudah keluar dari masjid Kristal..terus senyap kat belakang...tak bergaduh dari masa mula2 pagi tadi....tertidur kesemuanya...ialah....aktif semacam jea....mujurla Fiza ada boleh jugak tolong tengokkan anak2ku.... aku telah bertukar2 no tel dengan Liza, isteri Faiz..tak sangka, dia pun ramah jugak walaupun baru kali pertama berjumpa...begitu juga dengan mak ayahnya serta adik ipar dan adik-adiknya....
Kepada Faiz sekeluarga...kalau datang lagi ke Terengganu, janganla malu2 dan segan2 yea, telefonla Yati dulu yea...mana la tahu kita boleh jumpe lagi....
apapun Yati sekeluarga di sini nak mohon maafla jugak kalau layanan kami tak seberapa....maklumla tak planning dari awal....kelam-kabut jea..hehehe

2 Kali Pendapatan

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Program Kami.Sertai Kami Sekarang Anda akan mendapat 2x Pendapatan 2x Kebahagiaan, Program perniagaan yang akan mengubah cara hidup anda hari ini. Kami tidak menjanjikan Kekayaan atau Jutawan cukup sekadar dapat Hidup Selesa. Sertai Kami Sekarang !!!.

Saya dah cuba dan ianya berbaloi.
Ringkasnyer...dengan pembelian satu lot iklan yang bersamaan RM 60, pada kiraan 30 hari atau sebulan anda akan mendapat balik modal dan keuntungan sebanyak RM90 atau 150% dikembalikan kepada anda ( RM60 modal + RM 30 keuntungan ) BERBALOI kan???

Sehari hanya dihadkan sebanyak 50 lot sahaja (RM3000). Tiada paksaan daripada mana-mana pihak untuk pembelian dan penambahan lot pembelian iklan anda.

Tiada lagi pendaftaran terbuka seperti sebelum ini kerana banyak unsur penipuan telah berlaku. Pendaftaran hanya melalui ahli yang aktif sahaja. Sesiapa yang berminat boleh emaikan kepada saya di atiezah@gmail.com.

Terima kasih

Temuduga Pelantikan ke jawatan tetap PPPS gred DG41


Lawatan ke Kuantan pada 19-21 November...gambar diambil semasa ke Muzium Sungai Lembing pada hari Sabtu 20 November..... Terima kasih yang tidak terhingga buat Abang Mie sekeluarga ( Kak Long, Along, Athirah, Syifa ) atas layanan Homestay Kelas Pertama selama 3 hari 2 malam ke sana...siap dengan pakej pengankutan dan fotografi lagi...pakej makan sudah semestinya....hahaha...tq.tq.tq....

Alhamdulillah.....aku dan suami dah pun melepasi ujian ini....alhamdullillah...aku dan suami dah lulus bila cek pagi tadi melalui laman SPP....leganya rasa hati...tak tergambar kegembiraan..jika diingatkan balik saat kena ditemuduga dulu....50-50 jea dapat lepas rasanyer....siap kena perli lagi....tapi mujurlah....syukur....
Terima kasih jugakla kepada penemuduga aku hari tu.....walaupun kata-katanya pedih menikam jiwa....tapi yang penting aku dah lulus.....ho..ho..horeyyyyyy!!!!

Kangen Band -- Pujaan Hati lyric

2 Kali Pendapatan

Cubalah

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Program Kami.Sertai Kami Sekarang Anda akan mendapat 2x Pendapatan 2x Kebahagiaan, Program perniagaan yang akan mengubah cara hidup anda hari ini. Kami tidak menjanjikan Kekayaan atau Jutawan cukup sekadar dapat Hidup Selesa. Sertai Kami Sekarang !!!.

Agen Top Up Reload Murah

Fikirkan!!!
Anda beli prepaid di kedai kena bayar
harga penuh tp melalui biz ini dapat diskaun & boleh jual kepada kekawan.Kpd pelajar IPT,
pekerja industri atau sesiapa sahaja boleh buat biz
tanpa modal besar.
DAFTAR FREE.
MODAL PERMULAAN BERGANTUNG KEPADA ANDA.
INFO LANJUT:sms taip info prepaid murah dan send ke nombor 0199630377

Temuduga Pelantikan ke jawatan tetap PPPS gred DG41

Hai....berdebar - debar...tak tahu nak cakap aper...nak baca aper pun tak tahu...yeala banyak sangat nak kena mikir ninn....suka pun ada, takut pun ada... suka - kerana dah dipanggil temuduga...takut pulak - takut dok dapat jawab....malu-malu.....
Aku kena temuduga pada hari Rabu 29 sept. nin jam 10 pagi...dah banyak kutip buku berkaitan pendidikan tapi tak tahulah terbaca ker tidak nin...aktiviti sekolah pun berlambak lagi nak kena buat...nasib baik dah prepare semua tunggu langsungla pulak,.... hari Isnin nin...ada hari panitia Seni...aku yang uruskan jugak....pah tu Rabu...jeng...jeng.... aku kena temuduga la...sekali dengan abang aku di tempat yang sama...alhamdulillah....
Doakan aku yea kawan-kawan...nanti aku upload soalan-soalan yang aku kena nanti...insyaallah

Sambungan : 30 September 2010
Aku akan ditemuduga pada jam 10.00 pagi kat politeknik kota....pagi gi sekolah dulu..hantar Najwa ke sekolah..kebetulan suami aku pun kena sekali , jadi aku tunggu dia gi ambik kat sekolah la.. Lebih kurang jam 9.00 pagi aku dan suami dah tiba kat sana....aku giliran yang ke 14 dan suami selepas aku.... berdebarnyer..semua orang dengan nota masing2...bagi aku kalu membaca pada waktu begini memang dah tak masuk dah..jadi aku just tengok jer gelagat orang sambil belek2 akhbar di tangan..kebetulan dalam library politeknik jadi banyakla paper kat dalam tu...lepas satu, satu aku baca ...bukan apa untuk mengelakkan rasa gemuruh...alhamdulillah sampai giliran aku untuk disemak kandungan fail...cukup semua..lepas satu halangan...kadang2 tu tumpang dengar jugak apa soalan yang ditanya oleh orang2 yang terdahulu...aku kena bilik no 2, penemuduga lelaki India....memang banyakla yang dapat imput dari kawan2 yang sebelumnya...tak ada satu pun yang sama..ada yang kena bercakap bahasa inggeris, alhamdulillah aku tak kena macam tu, ada yang sampai menangis bila keluar sebab tak boleh dijawab....lagila aku berdebar...bila sampai jea turn aku mennggu di pintu, berdebar bukan kepalang..sampai nak terkencing aku dibuatnyer...yeala aku boleh dengar orang yang sebelum aku tu bercakap...rancak sekali....soalan yang ditanya tak pulak aku dengar...tapi adalah dia tengah baca FPN...aku pun cuba jugak mengingat kembali FPN....ada yang hiliang begitu jer...keluar semula nota kecik yang aku tulis pasal FPN tu...ingat balik word by word....lepas tu aku dengar dia hurai pasal FPN...lepastu aku tak dengar apa2 dah....mungkin dah cakap slow tak....sampai aku tak dengar...entahlah...lagi gabra aku kat luar nin...keluar jea cikgu tu...dalam 15 minit dia kat dalam....aku tengok dia mengeleng2kan kepala....alamakkkkkk..aku pulak..jam kat dinding dah 12.10....aku ketuk pintu dan ucap selamat tengah hari...mujur teringat...kalu tak mungkin aku sebut selamat pagi lagi...nantila aku sambung balik....

Tudung Raya


Ingat nak pakai raya.....tak dan eihhhh...baru pandai sulam benang sikit2...try kat tudung...esoknyer terus pakai kat sekolah....
almaklumla sekarang ni tengah gian dan gatal tangan...duk menyulam...main manik lagi..
koleksi terbaru
kat bawah...baru siap semalam..hari ni terus pakai ..hari last kat sekolah sebelum cuti raya...
hehehe...mcamana...menjadila jugak...walau tak comel....
tuan sendiri angkat bakul ni....

Awas Jualan Murah

( dipetik dari http://ezureen.blogspot.com ) - TERIMA KASIH
Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSIN


E-mel yang kuterima dari kawan pejabat. Sangat berguna buat mereka yang kaki shopping waktu SALE lebih2 lagi dah dekat nak raya ni kan....baca hingga habis ya.....
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM 455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM 109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM 455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, penggunan ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertanggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd. Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. "Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009."Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang 'alah membeli menang memakai'.
"Ini tidak, pantang ternampak iklan jualan murah, kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat membeli-belah terkemuka negara ini saban setahun.

TambunTanah (2)


Pemandangan kat belakang....dah tinggi dari tapak rumah mak....mintak jugak "keh" tolakkan hutan pokok kat belakang tu bagi lapang sikit....walaupun tanah orang,....tapi tak boleh masuk...tanah tu berair.....kalau tidak tentu saujana mata memandang agaknyer....

sama tinggi dengan telaga lama. takut dan bimbang dengan keselamatan budak2. ayah ambik satu lagi kerek lama letak atas tu...tak lama lepas tu, diaorang boleh pijak lagi atas kerek sambil jungai ke dalam....bimbang kut jatuh anak cucu kat dalam tu....kena tudung la lepas ni...

bila tengok macam ni...comel plak....lapang jea...


Hehe gambar sensord.....ayah tak berbaju angkat batu....zan tengah pening-pening...hehe habis duit agaknyer...iyelah dari 20 lori...menjadi 50 lori....tapi cantikla kat belakang tu...rata je sama ngan tinggi dgn jalan. semlam 23 ogos dah jelaskan bayaran lori pasir ( RM72 x 50 lori ) harga asal RM80 selori. dan "keh" broza...RM560 (2 hari) khaizul tak berbaju tengah bakar pulut kat belakang...lari dari keje sekejap...sembang sembang

Juadah Berbuka


hari ini 22 Ogos 2020 Ahad, berbuka kat rumah mak...hmmmm tengokla lauk apa tu...campur lagi dengan kuah ikan singgang cicah pulak dengan budu campur tempoyak.....hehe tak sedar anak duduk sebelah ternganga tunggu suapkan nasi sekali kat mulut diaorang.... haha tak privasi langsung nak mengkhusukkan adengan makan..ni...
biasalah ...dah ada anak kan....

Tempahan manik pertama

Hari Khamis 19 Ogos, kak Pah telah datang kat kelas bagi baju jubah anaknyer untuk jahit manik....heeeee...aku terkejutla jugak.... tapi dengan konfidennya aku sahutla cabaran itu...
jeng...jeng...bawak jea.. tengok...baju jubah purple rupanya.... dah set dah dalam kepala nak buat design jura-jurai....tapi bila balik dari sekolah g, singgah la kedai manik...terjumpala jenis labuci jenis baru....fesyen jurai-jurai gak tapi tak guna manik.....
ok la aku cuba la benda alah nin...
inilah hasilnya...


mulanya nak buat manik beriring kat bawah tu...tapi jenis kain nin lembut sangat.... payah nak tarik benang..sekali tertarik dengan ira kain sekali...last buat design bunga labuci jea la...



ha..ha..mcmana dengan jurai tu....aku cuba jer...najwa la tukang komplen...yang ini ok yang ini tidak...
merangkap penasihat aku ler tu....

pandangan keseluruhan lengan jer

bila dah siap ni...terus aku bagi pada hari Ahadnya di perhimpunan....
ramai gak yang puji...harganya....entah aku pun tak tau lagi nak letak berapa....
berape yek?????
Info Tambahan : 23 Ogos
Aku mintak RM 20 jea...ramai yang cakap murah dan ada jugak cikgu lain yang nak mintak tolong aku jahitkan manik selepas itu...murah ker...takpela percubaan pertama aku.....hehe...menjadi jugakyer...alhamdulillah...
lepas ni nak siapkan baju najwa pulak..dah mencantum masam muka...."iyelah mama asyik buat baju orang jer...baju kakak bilenyer...nanti karang dok dan nak pakai raye" rungut dia...angah suruh letak jugak manik kat baju dia...pening-pening......nak turutkan permintaan dia orang nin...adik pulak...pantang tengok aku kelek bekas manik...mulalah..nak bilang sama manik yang tumpah....tapi...kalu menjahit manik sorang-sorang tak syok pulak...senyap jea...asyik menguapjea nak tido la, apala...kalu ada diaorang nin...riuh sikit..aku pun tak menang tangan dan mulut sekali bekerja.....

Tambun Tanah

Hari ini , Sabtu 21 Ogos 2010...pagi-pagi lagi..lori dan buldozer datang kat rumah ayah..bawak pasir sekali...cadang pada mulanya nak tambun belakang rumah ayah tu...tanah berpaya...pada mulanya 20 lori....lastnyer jadi 40 lori....mau terkejut suami aku, mak ayah dan aku sekali....nak wat mcm mana...projek dah jalan...terus jea la...apa projeknyer tu....hahah...tunggu....
harap budget tak lari banyak la.... amin....

tengah kira bilangan lori.....tak cukup jarila dik....baru sembilan ker?.... anak aku yang bongsu..pantang tengok lori mulalah.....


belakang rumah mak...sedang diratakan tanah yang tak seberapa tu...


heh...banyak lagi nih nak kena tambun....
tak cukup 20 lori ni....mau gi 10 lori lagi ni...baru molek....


apa...masih tak cukup 30 lori....suami aku...hmmmmm...buatla apa yang patut asal siap sudah....hemmmm alahai... tambah lagi 10 lori

baru comel sikit.....ok la kut...akan disambung kerja pada hari ini.....kalu dan balik sekolah nanti kena gi jengah jap kat sana,,,tengok apa yang siap...

Manik...Oh...Manik

saja jer nak berkongsi,,,jeles tengok orang bergaya dengan baju yang berbling2 ni..apa lagi aku pun cuba gak la try cucuk benang jarum manik....percubaan pertama
jeng-jeng.....jeng


inilah hasilnya....mujurlah tok laki tak marah....hehe...banyak duk mengadap benda ni...nak upah mahal...jadi nak jimat..beli manik..pulun sendiri.......
haha dah siap jea terus pakai kat tempat keje....melaram sikit dengan hasil pembelajaran sendiri melalui pemerhatian manik yang dibuat oleh orang yang dah pro....terima kasih ..terutamanya kepada cheq su yang banyak mengajar di dalam blognyer....

projek lengan baju akan datang....baru siap buat bunga...ntah nak design macamana.....tulung....
warna pun tak berana nak timbul tu...


lengan baju aku la tu.... cubaan pertama manik beriring dan bunga dahlia...jadila sikit2 tapi tak berapa kemas kan?....namanya baru belajar...


try buat juntaian kat leher...tak berapa comel lagi..kena practise lagi nih....

hah....dah siap pun baju Afiqah....baru belajar sendiri...design pun tak pandai..warna lagi lah...pakai hentam aje le...ntah nama apa ye...manik beriring berbunga..hahaha... pandai-pandaila....maknyer si Ida pun nak bagi baju gak untuk dimanikkan......hmmmmm...
entahlah.....nak wat ke tidak ni....
rakan sekerja aku dah bagi sehelai jubah anknyauntuk diberi sentuhan manik...ntahla boleh buat ke tidak...aku akan cuba..siap nanti aku akan snap gambar letak kat cni...
terima kasih kak pah kerana menaruh kepercayaan kepada tangan ini...

Gambang 24 Jun 2010


Bawa budak lawatan ke Bukit Gambang. Best kat sana...alang2 gi sana aku pun bawak sekali la anak aku yang sulung tu, si najwa.....alamat penakut nak mampus si najwa ni,,,bukan dia yang main...mak dia ni pulak yang terbalik...mengalahkan bebudak...hehe pagi bawak budak sekolah darjah 4,5,6 ...cikgu pun kena ubah gak la ikut situasi...hehe

masa tunggu bas nak balik...dan la bergambar wat kenangan


baru lepas salin baju...masa main tak dan nak bergambar...kut rosak kamera..kena air

lokasi kana-kanak....tapi najwa tak masuk pun..just tgk dari jauh jer...

Lawatan ke TLDM Kuantan

Kakak suka sangat berada di atas kapal, besar sungguh..anak2ku pun bukan main lagi menjadik nakalnya...tak menang tangan dan mulut aku melayan karenah dia orang...kepanasan pada waktu tu tak terasa..dek panas lagi dalam hati melayan budak2 tu.

Antara gaya anggun di atas kapal...entah benda apala yang ditumpangkanyer tu...banyak sangat benda pelik yang kita tak kenal...anak aku tanya..aku pun tak tau..hehehe
Itula adik...nak ambik gambar dia pun susah ..yea la banyak benda baru dia tengok kat sini...
semua nak dicubanyer


Berada di tingakat teratas di atas kapal....bayangkan dengan memanjat tangga muat2 utk seorang jea lalu sambil pegang dukung si adik...naik bolehla..slow2...mikir nak turun tu mcmanala plak...tak dan nak snap gambar tangga..yeala tengah kalut2...tu...kakak dah sampai atas...nak tak tak..aku pun kena naik sama gak la...alahai..anak2....


Bersama guru2 di sekolah abang...ikut lawatan ni..aku sajer menyibuk..lawatan pengawas sekolah diorang pada 23 april 2010..baru nin..masing2 cari tempat berteduh..mata pun rasa malas nak bukak dah...masa ni baru nak masuk jam 1.00 tengahari...bayangkanlahhhh
masa nak turun tangga tu, krew dia orang yang tolong bawak turun anak2 aku tu...aku payah..gayat lagi ..mana nak pegang lagi, mata asyik tengok kaki jer kut tak terjejak....tak pasal2 naanti karang ada buah nangka terjelepuk...hmmmm alahai...apapun itula pengalaman aku dan anak2 di atas kapal yang terbesar di TLDM tanjung gelam kalu tak silap nama tempat tu.....



Selamat Hari Guru 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidikan....bersama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan lagi taraf keprofesionalisme kita ini....hehe

Kelas Pemulihan-Waktu Peralihan

Inilah keadaan atau pandangan kelas pemulihan di awal tahun 2008. Aku telah ditukarkan ke SK Ladang pada 1 Jun 2008 tapi mula melaporkan diri pada awal Ogos 2008. Hehe...cuti bersalin 2 bulan anak ketiga. datang jea ke sekolah ini, aku ditugaskan untuk memegang jawatan sebagai Guru Pemulihan Khas....apapun aku terima walau tiada pengalaman dalam bidang ini.


Pandangan atau tatarias pertama semasa aku mengambil alih kelas pemulihan ini. untuk menukar corak dan keceriaan kelas seperti yang ada sekarang. aku rasa telah banyak perbezaan yang aku cuba terapkan dalam kelas ini, maklumla...aku duduk dalam kelas ni..nak juga keselesaan....banyak masa yang dikorbankan...kerja seorang macam tu lah....hari Sabtu pun tibang jugak..ajak budak2 bersih kelas sekali...kelas tepi jalan...banyak debu...kena rajin bersih selalu...nanti aku akan upload gambar terbaru.... dah nak siap dah solek kelas...ada sikit jea lagi pegubahsuaian terakhir...tunggu.....




Sayang....Sayang....Sayang....

Dihantar oleh Abang Mie ( butir nangka ) tahunlepas kot ..hehe...masa ni mesti baru pandai main mms...hehe..sorry..jangan marah yea...

Anak-anak Nabi

Rakaman ini dibuat sewaktu kakak berumur 4 tahun...cakap pun pelat lagi...angah baru pandai berjalan...adik tak wujud lagi..hehe..sajer jer naak tempel kat cni sebagai tatapan bersama..

Zaman persekolahan SKPB

salam.... terima kasih kepada Suhana..kerana dan jugak send gambar ni kat facebook...syok jugak tengok gambar-gambar lama ni...syahdu sungguh bila terkenangkan zaman muda-muda dulu....hehe...ni semua masa aku dalam darjah enam...nak cari gak member2 lama tapi payah la nak jupe..tak tahu nak start dari mana...harap2 pah ni kalu sape2 terjumpala gambar ni dan kenal geng-geng muka kat dalam ni...contact la aku yea...manalah tahu kot-kot boleh wat pulak gempak parti kan...hehe..

Kelas Pemulihan 2009

Salam....
sajer jer...tengah cek fail-fail lama, jumpe plak gambar-gambar ni, saja jer nak upload untuk buat dan tengok perubahan yang bakal dilakukan. Rugi pulak rasanya tak ambik gambar kelas masa aku take over dulu. alhamdulillah .....dah setahun aku duduk dalam kelasa ni, inilah sedikit perubahan yang aku buat. Banyak lagi nak make up dan idea tu datang bertimbun-timbun, tapi iyelah tak sempat masa... insyaalah aku tengah usahakan untuk buat yang terbaik untuk anak muridku ini.


Sudut tepi ruangan Bahasa Melayu dan Matematik. Gambar ini diawal tahun 2009.


Ruang pembelajaran murid pada pertengahan tahun 2009. Tambahan pada skirting meja. masih tak berubah cuma sekarang ni, aku cuma ubah kedudukan meja sikit. (ikut bilangan murid)

Sudut aktiviti belakang.

Ruang pembelajaran di awal tahun 2009. Masa tu skirting tak buat lagi.
Budak pun duduk dalam kumpulan

Ruang pembelajaran pada awal tahun 2009.
nanti aku akan upload gambar terbaru kelas aku, 2010.....bila dah siap solek nanti.
Tungggguuuuu.....

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails