Saturday, December 12, 2009

Pandangan Anda


click to create your own

Rumahku IZZATI HOMESTAY

Salam semua..
inilah rumah ku yang telah dijadikan HOMESTAY. Boleh dikatakan kawasannya strategikla terletak di Gong Badak berdekatan dengan pusat pembelajaran seperti Institut Perguruan, UDM, UMT, ILP. Jalan masuk melalui berhadapan pintu masjid UDM (yang dulu dikenali sebagai KUSZA ).


Inilah pandangan hadapan, rumah semi D. Semalamam hanya RM150 sahaja.
Kelengkapan cukup bagi sebuah rumah dengan tiga bilik tidur.


Pandangan ruang makan dan ruang tamu, ada aircond, dan televisyen.


Pandangan bilik tidur ketiga. Ada satu katil single dan kemudahan seterika.


Pandangan bilik kedua. Ada dua katil single.


Ini bilik utama. Ada satu katil kelamin. Aircond dan heater pun ada disediakan.

Gambar dapur akan diupload kemudian.
Kemudahan lengkap dengan alatan memasak, peti sejuk, pemanas air,
periuk elektrik, pemanas air, mesin basuh dan penapis air Bio Aura.
Pendek kata rumah ini amat sesuai kepada keluarga yang ingin bercuti bersama keluarga, persiapan rombongan perkahwinan dan percutian sendiri.

Kepada sesiapa yang merancang untuk bercuti bersama keluarga, bolehla mencuba untuk menginap di sini. Potongan akan diberikan kepada yang mengambil peluang untuk menginap lebih lama. Jangan bimbang, masih lagi di dalam budget anda.

Bolehla hubungi suami saya di talian 019-9752199 Muhaizan

Friday, December 11, 2009


click for more

Wednesday, December 9, 2009

Renungan Bersama : Realiti Kehidupan

> REALITI KEHIDUPAN
> DISEBALIK PERMAINAN INI
>
> Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
> kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di
> tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu
> pemadam.
> Guru itu berkata,
> "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan
> kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika
> saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
> jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah
> "Pemadam!"
>
> Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.
> Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya,
> semakin lama semakin cepat.
> Beberapa saat kemudian
> guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika
> saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika
> saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah
> "Kapur!".
>
> Dan diulangkan seperti
> tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan
> sangat sukar untuk mengubahnya.. Namun lambat laun, mereka
> kembali biasa dan tidak kekok lagi.
> Selang beberapa saat, permainan berhenti.
>
> Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid,
> begitulah kita
> umat Islam.. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu
> bathil. Kita
> begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh
> kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk
> menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil,
> dan sebaliknya.
>
> Pada mulanya agak sukar
> bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
> disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka,
> lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya
> kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah
> berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum
> Islam dari masa ke semasa.
>
> "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu
> yang pelik, Zina
> tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
> lumrah, tanpa
> rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan
> trend, hiburan yang asyik dan pan jan g sehingga melupakan
> yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu
> gaya hidup dan lain lain."
>
> "Semuanya sudah
> terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
> menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
> Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.
>
> "Baik untuk permainan kedua..." Gurunya
> meneruskannya. .....
>
> "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah
> karpet.. Sekarang anda berdiri diluar karpet.. Permainannya
> adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada
> ditengah tanpa memijak karpet?"
>
> Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat,
> dan
> selainnya.
>
> Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet,
> dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat,
> tidak memijak karpet .."Murid-murid,
> begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak
> akan
> memijak-mijak anda dengan terang-terangan. .....Kerana
> tentu anda akan
> menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela
> kalau Islam
> dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita
> secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
>
> "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
> dibina tapak yang
> kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
> aqidah yang kuat.
> Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
> dimulai dgn
> tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan
> dikeluarkan dulu,
>
> kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu,
> baru rumah
> dihancurkan. ..."
>
> "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
> tidak akan
> menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
> merusakan kita.
> Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan
> lain-lain, sehingga
> meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran
> Islam dan
> mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka
> inginkan." "Ini
> semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan
> inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...... "
>
>
> "Kenapa mereka tidak berani terang-terang
> memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.
>
> "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang
> Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.
> Tapi sekarang tidak lagi."
> "Begitulah Islam..... Kalau diserang perlahan-lahan,
> mereka tidak akan
>
> sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara
> terang-terangan,
> kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
>
>
> "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
> ini, dan mari kita
> berdoa dahulu sebelum pulang..."
>
> RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
>
> TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH
> MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...
> MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR
> KITA SEMAKIN TERANCAM!
>
> UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT,
> DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP,
> HINGGA HILANG
> MARUAH DAN HARGA DIRI!!
>
> JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU
> BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA
> SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
> LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM
> TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI
> KEROSAKAN YG DIALAMI.
>
> YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM! AMIIINN. .. Sebagai umat
> Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini
> kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik
> dijadikan teladan dan yang buruk
> dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Wednesday, November 25, 2009

Salam Ziarah

Assalamualaikum...
Apa khabar semua teman-teman yang ziarah blog aku ni? Sekarang nin tengah bercuti sekolah... dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni..nak pergi jalan-jalan melancong ker apa ker..tak berapa menjadi sangat ...maklumla anak kecik2 lagi..banyak masalah sikit..
Tapi mujur gak..aku dan suami ada rumah yang telah dijadikan HOMESTAY nin,, ada gak kerja..hehe kemas rumah la..bila ada orang masuk...masuk la gak fulus..hehe alhamdulillah
Bercakap pasal HOMESTAY nin, aku dan suami tak merancang gak pada mulanya, tapi bila berkali2 permohonan tukar sekolah aku dan suami tak dapat2 walau dah berkali2 turun naik pejabat, aku dan suami pun terfikir nak pindah ke kuarters yang dekat dengan sekolah suamiku. Rumah aku yang kosong tu sayang gak nak dibuat sewa maklumla rumah baru...dek kerana barang2 yang dah ada tak mau diangkut...jadi tercetuslah idea buat HOMESTAY. Tak sangka pulak pelaburan aku dan suami ke arah itu menjadi...alhamdulillah ada jugak pendapatan sampingan. Walaupun sesekali letih jugak bila time cuti ni, tapi berbaloi la. Cuti sekolah kali ni tak la boring sangat, ada gak kerja yang boleh dibuat..hehe
Mungkin kalu cuaca dah elok, hujung tahun nin nak jugak merasa gi melancong..insayaalah kalu tak ada aral...bawa anak2 semua, mandi kolam ker apa ker paling koman pun jamu mata hehehe
Insyaallah, sesapa yang nak merasa IZZATI HOMESTAY ( area GONG BADAK , berhadapan dengan Masjid UDM, KUSZA ) bolehla call aku 019 9630377 atau suami 019 9752199. Murah jer RM 150 jer semalam. Kelengkapan lengkap bagi sebuah rumah dengan 3 bilik tidur. Aircond di ruang tamu dan bilik utama. Lengkap dengan heater, mesin basuh, kelengkapan dapur, seterika, peti sejuk, tv. oklah apa2hal nanti aku upload gambar homestay aku tu bila dah siap iklan nanti...insyaallah.

Tuesday, November 17, 2009

Ketika di Zoo Negara

photo frames


photo frames


Related Posts with Thumbnails