Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Macam-macam ada...kah..kah..kah

Sekadar nak kongsi cerita yang telah difwdkan. Cerita ini sedih, harap
dapat kawal perasaan!

Ayahku dan si"dia"

*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah
air...


Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia
meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang
ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang
sebelum
ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih.
Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak
mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini
dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba
kubantu sedaya mungkin.

Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya
mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia
meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan
kata-katanya:

"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana
kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana
di
dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk
bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah
untuk
"dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia"
ada
bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu
teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.

Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia".
Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun
akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu
ayah
tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan
juga.
Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja,
ayah
terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil
cuti
semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!

Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya.
Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu
lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau.
Ayah
sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya
untuk
bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari
kami
lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak
sihat
buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami
mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu
tidak
mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya
tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin
teruk.

Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama
dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah
semakin melampau. Akhirnya cikgu..."

Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap
orang ada masalah masing-masing....". Aku terus memeluk Liliana.

"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah,
saya
terpaksa lakukannya..."

"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.

"Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail
1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""

"Siapa dia tu?", aku binggung...

"Astro!"

Aku: ???????

Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk
family/isteri/suami/anak-anak/kkawan tiada kerananya!

Kah kah kah kena lagi nampaknya

Teka la siapa saya?...

photo frames

Pandangan Anda


click to create your own

click for more

Salam Ziarah

Assalamualaikum...
Apa khabar semua teman-teman yang ziarah blog aku ni? Sekarang nin tengah bercuti sekolah... dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni..nak pergi jalan-jalan melancong ker apa ker..tak berapa menjadi sangat ...maklumla anak kecik2 lagi..banyak masalah sikit..
Tapi mujur gak..aku dan suami ada rumah yang telah dijadikan HOMESTAY nin,, ada gak kerja..hehe kemas rumah la..bila ada orang masuk...masuk la gak fulus..hehe alhamdulillah
Bercakap pasal HOMESTAY nin, aku dan suami tak merancang gak pada mulanya, tapi bila berkali2 permohonan tukar sekolah aku dan suami tak dapat2 walau dah berkali2 turun naik pejabat, aku dan suami pun terfikir nak pindah ke kuarters yang dekat dengan sekolah suamiku. Rumah aku yang kosong tu sayang gak nak dibuat sewa maklumla rumah baru...dek kerana barang2 yang dah ada tak mau diangkut...jadi tercetuslah idea buat HOMESTAY. Tak sangka pulak pelaburan aku dan suami ke arah itu menjadi...alhamdulillah ada jugak pendapatan sampingan. Walaupun sesekali letih jugak bila time cuti ni, tapi berbaloi la. Cuti sekolah kali ni tak la boring sangat, ada gak kerja yang boleh dibuat..hehe
Mungkin kalu cuaca dah elok, hujung tahun nin nak jugak merasa gi melancong..insayaalah kalu tak ada aral...bawa anak2 semua, mandi kolam ker apa ker paling koman pun jamu mata hehehe
Insyaallah, sesapa yang nak merasa IZZATI HOMESTAY ( area GONG BADAK , berhadapan dengan Masjid UDM, KUSZA ) bolehla call aku 019 9630377 atau suami 019 9752199. Murah jer RM 150 jer semalam. Kelengkapan lengkap bagi sebuah rumah dengan 3 bilik tidur. Aircond di ruang tamu dan bilik utama. Lengkap dengan heater, mesin basuh, kelengkapan dapur, seterika, peti sejuk, tv. oklah apa2hal nanti aku upload gambar homestay aku tu bila dah siap iklan nanti...insyaallah.

Ketika di Zoo Negara

photo frames


photo frames



Inilah aku di hari Konvokesyen OUM ke 7 pada 15 November 2009 hari Ahad sidang pagi.....sesudah jea keluar dewan..terus aku cari suamiku dan apa yang buat aku terharu...bunga kat tangan tu... hehe tak sangka pulak dibelinya...aku dah cakap tak payahla beli kalau murah takperla jugak...ini kita datang dari jauh banyak nak guna duit...tapi suamiku cakap bukannya selalu...itu yang aku tersentuh sangat tu...hehe.TERIMA KASIH SUAMIKU... aku cukup terharu dan terkejut sangat....



Inilah suami yang banyak berjasa dan berkorban untuk diriku. Suami ku Konvo pada hari Sabtu 14 November 2009 sidang petang..hari pertama...cuma aku jer yang pergi menemani suamiku dalam hujan renyai2, jadi anak2 tak bawakla, adikku jaga kat bilik. Alhamdulillah kami berdua telah selamat mengenggam segulung ijazah yang diidamkan selama ini.

Majlis Konvokesyen



hehe ma dan abah yang konvo anak-anak pun nak tumpang sekali
apa salahnya.... moga2 suatu hari nanti anak-anakku akan ikut jejak langkah aku dan suami



tak dapat nak bergambar kat pwtc....kat dalam bilik pun jadila...
asalkan ada jugak kenangan bersama



aku dan suami...hehe kat dalam bilik jea tak dan nak snap kat PWTC maklumla orang ramai...takperla inipun dah kira orrrrait....
suami konvo pada 14 November 2009 Sabtu sidang petang
aku pulak pada 15 November 2009 Ahad sidang pagi
Alhamdulillah....perjalanan pergi dan balik kami dirahmatiNya
Aminnnn.....

Inilah heroku


Izzat Haziq ( angah ) tersenyum dengan giginya yang dah rongak
hehe


Izzat Zakwan suka duduk atas keretanya tuhhh...


Kaletah buah hati dengan baju barunya....hehe

Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Dalam kegugupan ini, dapat juga aku menyudahkan misiku pada hari ini. Alhamdulillah......


Beginilah rupa peserta kursus Kepimpinan yang diadakan di dewan sekolah pada hari
Selasa 11 November 2009. Murid tahun 3, 4 dan 5

Salam... dah lama tak post berita...maklumla akhir tahun ni banyak sangat keje. Semua nak cepat....jadi dari merangkap,merayap kenala pecut sikit nak siapkan semua amanah tu...Alhamdulillah...lega rasa bila dah dapat siapkan satu2 tugasan tu...ni kejar untuk Hari Anugerah Akhir Tahun pulak. malam esok dah nak berlepas ke Kuala Lumpur...majlis Konvokesyen...hehehe...aku dan suami masing2 dapat gak merasa pegang scroll ijazah nanti. Insyaallah...semua aku bawak anak2, mak ayah untuk sama2 merasa. hehehe....
Pagi ni baru jea siap Kursus Kepimpinan Kokurikulum kat Dewan sekolah. Aku kena gak 1 slot 2 jam....tension gak..semalam tido lewat nak siapkan presentation....bila dah selesai ni baru rasa ringan sikit kepala otak ni yang dah banyak berserabut ni. Lagipun dah lama aku tak test suara kat depan budak2 ni,...kadang2 rasa gerun ada jugak...maklumla kita ni bukan pandai sangat nak menyusun kata...sikit2 bolehlah....

Ucapan Perasmian dari Tuan Guru Besar


Ambe la tu....hehehe
dengan tajuk KEPIMPINAN YANG CEMERLANG

Sesekali berjumpa



Sesekali bertemu....tangkap gambar sekali..bukan senang nak berkumpul sekali ni, anak-anakku dan sepupunya maklumla masing2 ddk jauh. Sekadar kenangan bersama

Ingatlah Selalu


Salam

Kursus Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Program Pemulihan Khas Siri 2
Shahzan Inn, Kuantan, Pahang
24 - 26 Oktober 2009



Bersama teman yang sama2 mengikuti kursus tersebut. Terima kasih diucapkan kepada kalian semua di dalam tunjuk ajar yang telah diberikan.

Heh...hehe


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Lihatlah...Pandanglah....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan akumenanggung kesakitan ini."
Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."
Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untukbermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yangdilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, apineraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidakhenti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlahagar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahansegala dosanya terampun.
INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD SAW UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Sistem Penapis Air dengan Teknologi Nano


Bio Aura merupakan produk sistem penapisan berteknologi tinggi Fir-Nano. direkacipta dan dihasilkan untuk menapis dan merawat air yang sudah tercemar kepada air hidup yang amat penting kepada kehidupan terutama tubuh badan manusia.tubuh akan lebih cepat dan mudah menyerap molekul2 air yang halus untuk menjadikan air hidup berperanan terhadap seluruh sistem dektosifikasi, sistem neutralisasi dan sistem immunisasi.
Pada masa sekarang, ini merupakan keperluan sesebuah rumah bukan lagi sebagai hiasan di rumah mewah. Semua memerlukannya untuk kesihatan yang lebih baik. Harga di pasaran RM 2080.00
Anda boleh mendapatkannya melalui 2 pakej yang ditawarkan :
Pakej 1
Bayaran Tunai dengan harga dealer dan keahlian percuma Kumpulan Hai O. Sekiranya ada sesiapa yang ingin mendapatkan barang tersebut, anda boleh mendapatkannya di stokis Hai O berdekatan sekiranya anda menjadi ahli syarikat dengan harga dealer.
Pakej 2
Bayaran Ansuran bulanan sebanyak RM 100 sebulan. Bayaran tetap sehingga RM 2000. Juga mendapat keahlian Kumpulan Hai O dan layak untuk pembelian seterusnya dengan harga dealer di mana2 stokis Hai O berdekatan.
Penghantaran dan pemasangan boleh diuruskan.
Sekiranya berminat, bolehla hubungi saya di ruangan Jom Borak atau melalui email ke atiezah@gmail.com

INFO TAMBAHAN

AiR...?!!

Apakah yang tersirat dalam air paip yang setiap hari kita guna??????Air paip yang disalurkan ke tempat kediaman mengandungi 5K iaitu:

1. Kotoran

2. Karat

3. Klorin

4. Kuman

5. Kimia

Kandungan Kimia dalam air dan penyebab kepada penyakit:

1. Aluminium -menyebabkan cepat tua & alzhiemer

2. Plumbum - penyebab kanser

3. Asbestos - penyebab kanser

4. Arsenik - penyebab kesakitan, kerosakan & kematian

5. Kadmium - penyebab darah tinggi, penyakit buah pinggang

6. Nitrate - penyebab kanser

7. Fluorida - penyebab pertahanan badan rendah & sakit jantung

8. Merkuri - kerosakan otak & urat saraf

9. Klorin - penyebab kanser darah

10. Strontium 90 - penyebab anemia, leukimia & kanser tulang

Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Ciri-ciri Bio Aura:
- Rekaan yang mesra-penyelenggaraan
- Pemasangan yang mudah
- Penutup penapis yang berwarna
- Saiz penapis yang lebih besar
- Pengiktirafan kualiti
- Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai - makan

Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
- Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
- Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
- Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
- Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan


Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi nano, ciri-ciri penapis air unik ini sila layari laman web ini : http://en.hai-o.com.my/bio-aura/teknologi.asp

* bagi anda yang ingin miliki penapis BIO AURA dengan harga menarik (bulanan 100/150/200), sila hubungi saya 019-9630377, guna dulu bayar kemudian pun boleh..

Hai-o adalah sebuah syarikat yang mampu mengubah nasib sesorang. banyak dah syarikat jualan langsung yang saya ikut tapi saya tidak dibimbing dan hasilnya habuk pun tarak.....dengan join Hai-o kita akan sentiasa di bimbing untuk mencapai kejayaan. bangkitlah wahai bumiputera....sesiapa yang berminat untuk jadi rakan kongsi saya..hubungi@sms saya di talian 019-9630377.

Dengan menyertai Hai o anda akan dapat :

1) 10 penapis air BIO AURA (anda boleh menjual dan bayar secara bulanan)

2) terima cek Rm 4,600 pada bulan pertama - dijamin dapat

3) jam tangan roscani RM 300

4) Dengan modal disediakan 100% tanpa membayar balik dengan duit sendiri….

5) tidak perlu menjual barang…

6) Cukup dgn hanya berkongsi 4 org rakan seumur hidup….

7) mou dgn MARA…

8) Telah mendapat anugerah Perdana Menteri Gerak Usahawan Nasional pd tahun 2007

9) 200 SMI terbaik di Asia Pasifik Forbes September 2007

10) Tersenarai dm BSKL sejak 6 Dec 1996

11) Boleh diwarisi kepada anak anda tanpa mula dari bawah kembali

12) Pencen sebelum usia pencen

13) Melancong keluar Negara 3 x setahun / umrah…

14) Bonus tanpa had..

15) Setiap pangkat, anda diraikan besar-besaran

16) Latihan yg sistematik,bimbingan yg konsisten Jemput dtg taklimat Hai-o Taipan 181 percuma di .......... akan dimaklumkan melalui sms. ( sms dulu sekiranya berminat )- warga TERENGGANU dialu-alukan...

TERIMA KASIH



INGIN SAMBUNG BELAJAR?

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN BERSEPADU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tarikh Tutup : 25 Oktober 2009
Sila Klik :
Terima kasih.

Kerjaya Part Time

Jom Cari Duit Bersama Saya.
Tidak perlu Beli atau Jual sebarang Produk.
Dapatkan rahsia menghasilkan RM5k hanya dengan Internet.
Dijamin tidak akan rugi.
Untuk maklumat lanjut sila lawati :
Terima kasih....

Virus H1N1 Semakin Mengganas

Salam hormat dan salam sejahtera,
Kami harap anda dapat membaca informasi dibawah.Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.
Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita, Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.
Dalam hal ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini. Saya amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, saya juga telah mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.
SAya tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya dijangka pada penghujung Oktober ini. Saya harap ramai yang masih mampu bertahan pada masa ini. Disini juga saya ingin memberikan sebuah laporanpercuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda. Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu saya bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.
Anda boleh dapatkan disini:
http://www.tipsihat.com/index.php?ref=atiezah
(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)
Jika anda juga merasakan informasi ini berguna, sila edarkan kepada rakan-rakan anda. Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.
Semoga bermanfaat...!
Bersama kita mencegah H1N1 ini...

ikhlas dari atiezah

Kerjayaku Sekarang


Beginilah keadaannya semasa pengajaran berlaku di kelas Pemulihan.


Sekarang aku bertugas di salah sebuah sekolah di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu. Baru setahun aku ditukarkan ke bandar ini. Sebelum ini aku ditugaskan di Marang, setelah memohon pertukaran sebanyak 6 kali, pada tahun 2008, permohonan pertukaran ku di terima. Aku bersyukur kerana dapat bertugas di sini.

Di sini, aku diberi tanggungjawab sebagai Guru Pemulihan. Ini adalah pengalaman baru aku. Sebelum ini aku dah merasa menjadi Guru Transisi Tahun 1, Guru Media, Guru Perpustakaan dan yang terakhir sekali Guru Kaunseling. alhamdulillah, aku terima. Bertambahla lagi pengalaman aku sebagai seorang guru. Guru kan... semua boleh buat..aku telah membulatkan tekad untuk terus berjuang sebagai Guru Pemulihan (selagi tidak ditukarkan ke sekolah lain) membantu murid-muridku yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Aku akan berusaha untuk membantu setakat yang termampu. Inilah azamku sekarang......



Buah Hatiku


Inilah buah hatiku....

Nurul Najwa Izzati 6 tahun

Izzat Haziq 3 tahun

Izzat Zakwan 1 tahun
Mereka bertiga ini sangat aktif, kadang-kadang tak terlarat aku nak mengawalnya..tapi alhamdulillah semuanya sihat belaka walaupun sesekali kenakalan mereka itu bisa membuatkan hatiku menggelegak....sabar jelah...budak-budak kan..hehe

Selamat Datang ke Laman Blogku Hatiku senyum

Selamat Datang
Semoga hari ini akan menceriakan hidup anda...
Selamat melayari hari mendatang dengan penuh ketabahan dan keceriaan.
Terima kasih atas kunjungan anda.


Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails