Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Salam Ziarah

Assalamualaikum...
Apa khabar semua teman-teman yang ziarah blog aku ni? Sekarang nin tengah bercuti sekolah... dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni..nak pergi jalan-jalan melancong ker apa ker..tak berapa menjadi sangat ...maklumla anak kecik2 lagi..banyak masalah sikit..
Tapi mujur gak..aku dan suami ada rumah yang telah dijadikan HOMESTAY nin,, ada gak kerja..hehe kemas rumah la..bila ada orang masuk...masuk la gak fulus..hehe alhamdulillah
Bercakap pasal HOMESTAY nin, aku dan suami tak merancang gak pada mulanya, tapi bila berkali2 permohonan tukar sekolah aku dan suami tak dapat2 walau dah berkali2 turun naik pejabat, aku dan suami pun terfikir nak pindah ke kuarters yang dekat dengan sekolah suamiku. Rumah aku yang kosong tu sayang gak nak dibuat sewa maklumla rumah baru...dek kerana barang2 yang dah ada tak mau diangkut...jadi tercetuslah idea buat HOMESTAY. Tak sangka pulak pelaburan aku dan suami ke arah itu menjadi...alhamdulillah ada jugak pendapatan sampingan. Walaupun sesekali letih jugak bila time cuti ni, tapi berbaloi la. Cuti sekolah kali ni tak la boring sangat, ada gak kerja yang boleh dibuat..hehe
Mungkin kalu cuaca dah elok, hujung tahun nin nak jugak merasa gi melancong..insayaalah kalu tak ada aral...bawa anak2 semua, mandi kolam ker apa ker paling koman pun jamu mata hehehe
Insyaallah, sesapa yang nak merasa IZZATI HOMESTAY ( area GONG BADAK , berhadapan dengan Masjid UDM, KUSZA ) bolehla call aku 019 9630377 atau suami 019 9752199. Murah jer RM 150 jer semalam. Kelengkapan lengkap bagi sebuah rumah dengan 3 bilik tidur. Aircond di ruang tamu dan bilik utama. Lengkap dengan heater, mesin basuh, kelengkapan dapur, seterika, peti sejuk, tv. oklah apa2hal nanti aku upload gambar homestay aku tu bila dah siap iklan nanti...insyaallah.

Ketika di Zoo Negara

photo frames


photo frames



Inilah aku di hari Konvokesyen OUM ke 7 pada 15 November 2009 hari Ahad sidang pagi.....sesudah jea keluar dewan..terus aku cari suamiku dan apa yang buat aku terharu...bunga kat tangan tu... hehe tak sangka pulak dibelinya...aku dah cakap tak payahla beli kalau murah takperla jugak...ini kita datang dari jauh banyak nak guna duit...tapi suamiku cakap bukannya selalu...itu yang aku tersentuh sangat tu...hehe.TERIMA KASIH SUAMIKU... aku cukup terharu dan terkejut sangat....



Inilah suami yang banyak berjasa dan berkorban untuk diriku. Suami ku Konvo pada hari Sabtu 14 November 2009 sidang petang..hari pertama...cuma aku jer yang pergi menemani suamiku dalam hujan renyai2, jadi anak2 tak bawakla, adikku jaga kat bilik. Alhamdulillah kami berdua telah selamat mengenggam segulung ijazah yang diidamkan selama ini.

Majlis Konvokesyen



hehe ma dan abah yang konvo anak-anak pun nak tumpang sekali
apa salahnya.... moga2 suatu hari nanti anak-anakku akan ikut jejak langkah aku dan suami



tak dapat nak bergambar kat pwtc....kat dalam bilik pun jadila...
asalkan ada jugak kenangan bersama



aku dan suami...hehe kat dalam bilik jea tak dan nak snap kat PWTC maklumla orang ramai...takperla inipun dah kira orrrrait....
suami konvo pada 14 November 2009 Sabtu sidang petang
aku pulak pada 15 November 2009 Ahad sidang pagi
Alhamdulillah....perjalanan pergi dan balik kami dirahmatiNya
Aminnnn.....

Inilah heroku


Izzat Haziq ( angah ) tersenyum dengan giginya yang dah rongak
hehe


Izzat Zakwan suka duduk atas keretanya tuhhh...


Kaletah buah hati dengan baju barunya....hehe

Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Dalam kegugupan ini, dapat juga aku menyudahkan misiku pada hari ini. Alhamdulillah......


Beginilah rupa peserta kursus Kepimpinan yang diadakan di dewan sekolah pada hari
Selasa 11 November 2009. Murid tahun 3, 4 dan 5

Salam... dah lama tak post berita...maklumla akhir tahun ni banyak sangat keje. Semua nak cepat....jadi dari merangkap,merayap kenala pecut sikit nak siapkan semua amanah tu...Alhamdulillah...lega rasa bila dah dapat siapkan satu2 tugasan tu...ni kejar untuk Hari Anugerah Akhir Tahun pulak. malam esok dah nak berlepas ke Kuala Lumpur...majlis Konvokesyen...hehehe...aku dan suami masing2 dapat gak merasa pegang scroll ijazah nanti. Insyaallah...semua aku bawak anak2, mak ayah untuk sama2 merasa. hehehe....
Pagi ni baru jea siap Kursus Kepimpinan Kokurikulum kat Dewan sekolah. Aku kena gak 1 slot 2 jam....tension gak..semalam tido lewat nak siapkan presentation....bila dah selesai ni baru rasa ringan sikit kepala otak ni yang dah banyak berserabut ni. Lagipun dah lama aku tak test suara kat depan budak2 ni,...kadang2 rasa gerun ada jugak...maklumla kita ni bukan pandai sangat nak menyusun kata...sikit2 bolehlah....

Ucapan Perasmian dari Tuan Guru Besar


Ambe la tu....hehehe
dengan tajuk KEPIMPINAN YANG CEMERLANG

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails