Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Manik- manik......

Petua Menjaga Keindahan Manik

Cara penjagaan manik

Dah ada manik di baju tentu sure you all nak tahu macamanalah nak jaga manik ni ye… so sini hambe ada beberapa tips yang boleh diamalkan:

A. Teknik membasuh baju yang bermanik
1) Mesti ingat jangan masuk kan baju yang ada manik tu ke dalam mesin basuh. Alamat
berderailah manik you all tu..
2) Seelok-eloknya hantarlah baju tu kedai dobi (dry cleaning).
3) Kalau tak pun, you all boleh basuh sendiri tapi basuh hanya di tempat yang kotor je.. tp mesti
ingat jangan rendam baju tu tau.. kita tak tahu ketahanan manik tu dengan bahan pencuci yang
digunakan walaupun manik tu manik jepun sekalipun...

B. Teknik mengosok baju yang bermanik
1) Untuk mengosok baju yang bermanik, terbalikkan baju tu dan gosoklah dari dalam.. pastikan suhu kepanasan seterika jangan terlalu panas takut nanti akan merosakkan manik itu sendiri.

So, setakat ini inilah saje petua/teknik yang hambe amalkan.. tapi kalau ada teknik yang baru..akan hambe war-warkan ye... selamat mencuba...

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails