Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Kelas Pemulihan 2009

Salam....
sajer jer...tengah cek fail-fail lama, jumpe plak gambar-gambar ni, saja jer nak upload untuk buat dan tengok perubahan yang bakal dilakukan. Rugi pulak rasanya tak ambik gambar kelas masa aku take over dulu. alhamdulillah .....dah setahun aku duduk dalam kelasa ni, inilah sedikit perubahan yang aku buat. Banyak lagi nak make up dan idea tu datang bertimbun-timbun, tapi iyelah tak sempat masa... insyaalah aku tengah usahakan untuk buat yang terbaik untuk anak muridku ini.


Sudut tepi ruangan Bahasa Melayu dan Matematik. Gambar ini diawal tahun 2009.


Ruang pembelajaran murid pada pertengahan tahun 2009. Tambahan pada skirting meja. masih tak berubah cuma sekarang ni, aku cuma ubah kedudukan meja sikit. (ikut bilangan murid)

Sudut aktiviti belakang.

Ruang pembelajaran di awal tahun 2009. Masa tu skirting tak buat lagi.
Budak pun duduk dalam kumpulan

Ruang pembelajaran pada awal tahun 2009.
nanti aku akan upload gambar terbaru kelas aku, 2010.....bila dah siap solek nanti.
Tungggguuuuu.....

Kepimpinan Pengawas


Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah
Telah diadakan kepada semua pengawas sekolah SK Ladang pada hari Sabtu, 20 Februari 2010. Banyak aktiviti yang diadakan pada hari itu. Aku dan la pegang 2 slot LDK. Mujur gak pada waktu itu suaraku serak2 basah...hehe..terpaksala ganti orang lain untuk bagi ceramah kepimpinan. Takla merana nak meneran suara...hehehe

Gelagat pengawas sekolah sewaktu aktiviti berkumpulan diadakan.

Akula tu....di tengah-tengah murid yang ada. Hai.. pantang nampak kamera
dah tak ingat kerje yang terbentang depan mata....
asyik nak posing jer....

Pesan Aku :
Selamat Maju Jaya dan peganglah amanah dan
tanggungjawab yang telah diberikan dengan ikhlas,
moga mendapat keberkatan daripada Allah.
Amin.

Perjumpaan Keluarga

12 Februari 2010 Jumaat petang , bawa anak-anak sama gi mandi manda
kat Hutan Lipur Sekayu. Syok giler...maklumla dah lama tak jumpe air sejuk macam tu sampaikan gambar mandi sambil makan berkelah tak ingat nak snapp...tapi
mujur gak ada gak kenangan selepas itu.
Gelagat anak-anakku.....ini lepas mandi dah....dah nak balik pun...

Yang syoknyer...ayah, mak, adik-adikku pun ada join sekali.
Ni sedang menunggu lagi....tak cukup korum gi salin baju...dah nak balik dah ni...
anak aku yang sulung ada cakap " jom mari pulak esok"
hemmmm .....alahai.....

apapun hari tu memang hepy giler anak-anakku....
Insyaallah ada kelapangan kiter datang lagi yek....
itu yg aku jawab pada anakku.

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails