Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Tempahan manik pertama

Hari Khamis 19 Ogos, kak Pah telah datang kat kelas bagi baju jubah anaknyer untuk jahit manik....heeeee...aku terkejutla jugak.... tapi dengan konfidennya aku sahutla cabaran itu...
jeng...jeng...bawak jea.. tengok...baju jubah purple rupanya.... dah set dah dalam kepala nak buat design jura-jurai....tapi bila balik dari sekolah g, singgah la kedai manik...terjumpala jenis labuci jenis baru....fesyen jurai-jurai gak tapi tak guna manik.....
ok la aku cuba la benda alah nin...
inilah hasilnya...


mulanya nak buat manik beriring kat bawah tu...tapi jenis kain nin lembut sangat.... payah nak tarik benang..sekali tertarik dengan ira kain sekali...last buat design bunga labuci jea la...



ha..ha..mcmana dengan jurai tu....aku cuba jer...najwa la tukang komplen...yang ini ok yang ini tidak...
merangkap penasihat aku ler tu....

pandangan keseluruhan lengan jer

bila dah siap ni...terus aku bagi pada hari Ahadnya di perhimpunan....
ramai gak yang puji...harganya....entah aku pun tak tau lagi nak letak berapa....
berape yek?????
Info Tambahan : 23 Ogos
Aku mintak RM 20 jea...ramai yang cakap murah dan ada jugak cikgu lain yang nak mintak tolong aku jahitkan manik selepas itu...murah ker...takpela percubaan pertama aku.....hehe...menjadi jugakyer...alhamdulillah...
lepas ni nak siapkan baju najwa pulak..dah mencantum masam muka...."iyelah mama asyik buat baju orang jer...baju kakak bilenyer...nanti karang dok dan nak pakai raye" rungut dia...angah suruh letak jugak manik kat baju dia...pening-pening......nak turutkan permintaan dia orang nin...adik pulak...pantang tengok aku kelek bekas manik...mulalah..nak bilang sama manik yang tumpah....tapi...kalu menjahit manik sorang-sorang tak syok pulak...senyap jea...asyik menguapjea nak tido la, apala...kalu ada diaorang nin...riuh sikit..aku pun tak menang tangan dan mulut sekali bekerja.....

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails