Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Awas Jualan Murah

( dipetik dari http://ezureen.blogspot.com ) - TERIMA KASIH
Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSIN


E-mel yang kuterima dari kawan pejabat. Sangat berguna buat mereka yang kaki shopping waktu SALE lebih2 lagi dah dekat nak raya ni kan....baca hingga habis ya.....
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM 455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM 109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM 455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, penggunan ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertanggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd. Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. "Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009."Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang 'alah membeli menang memakai'.
"Ini tidak, pantang ternampak iklan jualan murah, kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat membeli-belah terkemuka negara ini saban setahun.

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails