Tempahan Jahit Manik (Tudung / Baju )

Nak buat tempahan jahit manik?

Tempahan Jahit Manik

1. Email (atiezah@rocketmail.com )call and sms kepada saya (019 9630377) untuk confirm ingin membuat tempahan, (whatapp / telegram/wechat - 0199630377 / 01121924771 )
2. Penghantaran baju/ tudung boleh by hand atau by post.
3. Tempoh tempahan bergantung kepada jenis paten/design dan keizinan masa. Secara umumnya, tempoh menjahit manik adalah sekitar 2- 3 hari sehingga 1 minggu (tidak termasuk tempoh pos) untuk sehelai baju / tudung.
4. Selepas tempahan siap, saya akan call/sms. Mengenai pembayaran pula, bagi tempahan yang by hand boleh bayar semasa baju / tudung diterima.
5. Bagi yang pos, anda dikehendaki membayar terlebih dahulu sebelum saya mengepos kembali baju / tudung anda itu.
6. Bayaran boleh dibuat secara bank-in di akaun BSN@ Maybank @ CIMB (no akaun akan diberikan semasa urusniaga). (Diingatkan juga, bayaran pos juga dikenakan kepada pelanggan dan free post sekiranya tempahan melebihi RM120)
7. Last but not least, selamat bergaya dengan manik anda.

Apa2 hal just sms atau emailkan pada saya detailnyer...ok....

Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300.

Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima sahaja. Setiap kali buat pesanan, sila berikan NAMA & ALAMAT penuh anda ke no. 019 9630377. Kegagalan anda memberikan info lengkap mengakibatkan pesanan anda tidak dapat di hantarkan.

Banner created with MyBannerMaker.com

Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Dalam kegugupan ini, dapat juga aku menyudahkan misiku pada hari ini. Alhamdulillah......


Beginilah rupa peserta kursus Kepimpinan yang diadakan di dewan sekolah pada hari
Selasa 11 November 2009. Murid tahun 3, 4 dan 5

Salam... dah lama tak post berita...maklumla akhir tahun ni banyak sangat keje. Semua nak cepat....jadi dari merangkap,merayap kenala pecut sikit nak siapkan semua amanah tu...Alhamdulillah...lega rasa bila dah dapat siapkan satu2 tugasan tu...ni kejar untuk Hari Anugerah Akhir Tahun pulak. malam esok dah nak berlepas ke Kuala Lumpur...majlis Konvokesyen...hehehe...aku dan suami masing2 dapat gak merasa pegang scroll ijazah nanti. Insyaallah...semua aku bawak anak2, mak ayah untuk sama2 merasa. hehehe....
Pagi ni baru jea siap Kursus Kepimpinan Kokurikulum kat Dewan sekolah. Aku kena gak 1 slot 2 jam....tension gak..semalam tido lewat nak siapkan presentation....bila dah selesai ni baru rasa ringan sikit kepala otak ni yang dah banyak berserabut ni. Lagipun dah lama aku tak test suara kat depan budak2 ni,...kadang2 rasa gerun ada jugak...maklumla kita ni bukan pandai sangat nak menyusun kata...sikit2 bolehlah....

Ucapan Perasmian dari Tuan Guru Besar


Ambe la tu....hehehe
dengan tajuk KEPIMPINAN YANG CEMERLANG

Kenanganku........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails