Beginilah keadaannya semasa pengajaran berlaku di kelas Pemulihan.
Sekarang aku bertugas di salah sebuah sekolah di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu. Baru setahun aku ditukarkan ke bandar ini. Sebelum ini aku ditugaskan di Marang, setelah memohon pertukaran sebanyak 6 kali, pada tahun 2008, permohonan pertukaran ku di terima. Aku bersyukur kerana dapat bertugas di sini.
Di sini, aku diberi tanggungjawab sebagai Guru Pemulihan. Ini adalah pengalaman baru aku. Sebelum ini aku dah merasa menjadi Guru Transisi Tahun 1, Guru Media, Guru Perpustakaan dan yang terakhir sekali Guru Kaunseling. alhamdulillah, aku terima. Bertambahla lagi pengalaman aku sebagai seorang guru. Guru kan... semua boleh buat..aku telah membulatkan tekad untuk terus berjuang sebagai Guru Pemulihan (selagi tidak ditukarkan ke sekolah lain) membantu murid-muridku yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Aku akan berusaha untuk membantu setakat yang termampu. Inilah azamku sekarang......